Kerap kali juga aku tegur diri sediri, “Sudah-sudah la Muneera bercerita atau menulis. Orang tak nak tahu pun kisah hidup kau, Mun.” Mungkin ada yang ‘annoyed’ dengan cara aku yang suka betul taip ‘caption’ panjang-panjang, ada sahaja perkara nak diceritakan. Tetapi percayalah, aku tak dapat elak haha itu ‘nature’ seorang Muneera. Terapi untuk diri sendiri. Bercerita. Bukanlah nak 'ujub, riak atau takabbur dengan apa-apa yang aku kongsikan di media sosial tetapi aku memang sangat suka berkongsi cerita. Lagi-lagi, perkara yang melibatkan 'first time experience' aku atau perkara-perkara yang lucu, memang tanpa berfikir panjang, aku pasti akan cerita. “Mun tak ada cerita ke hari ini?”. Ini adalah permintaan sahabat-sahabat aku dan juga anak-anak buah aku setiap kali kami berjumpa. Aku kira aku mampu menghiburkan orang dengan cerita-cerita aku. Ini yang membuatkan aku lebih seronok untuk berkongsi— sebab ada yang sudi dan suka dengar atau baca. Jika aku tak dapat b...
"Everything belongs to Allah" هذا من فضل ربّي