Skip to main content

Kenapa perlu menulis?

Kerap kali juga aku tegur diri sediri, “Sudah-sudah la Muneera bercerita atau menulis. Orang tak nak tahu pun kisah hidup kau, Mun.”

Mungkin ada yang ‘annoyed’ dengan cara aku yang suka betul taip ‘caption’ panjang-panjang, ada sahaja perkara nak diceritakan. Tetapi percayalah, aku tak dapat elak haha itu ‘nature’ seorang Muneera. Terapi untuk diri sendiri. Bercerita. Bukanlah nak 'ujub, riak atau takabbur dengan apa-apa yang aku kongsikan di media sosial tetapi aku memang sangat suka berkongsi cerita. Lagi-lagi, perkara yang melibatkan 'first time experience' aku atau perkara-perkara yang lucu, memang tanpa berfikir panjang, aku pasti akan cerita.

“Mun tak ada cerita ke hari ini?”. 

Ini adalah permintaan sahabat-sahabat aku dan juga anak-anak buah aku setiap kali kami berjumpa. Aku kira aku mampu menghiburkan orang dengan cerita-cerita aku. Ini yang membuatkan aku lebih seronok untuk berkongsi— sebab ada yang sudi dan suka dengar atau baca. Jika aku tak dapat bercerita secara fizikal, alternatifnya ialah bercerita melalui penulisan. 

Aku pernah beritahu kan, blog ini adalah blog ketiga aku hahahaha.
Blog pertama dan kedua aku memang sarat dengan kisah kehidupan aku seharian di sekolah menengah dulu. Apa yang lebih lucu adalah, blog aku itu pernah menimbulkan kontroversi dalam kalangan rakan sekelas aku. Nak baca blog-blog itu? Aku dah padam. Haha Terlalu rojak dan macam tak ada manfaat. 

Dalam sebuah buku yang aku sedang baca, 

Subtopik: Mengapa mahu menulis? 
Antara sebab mengapa kita digalakkan menulis adalah;
  1. Alat melaksanakan dakwah.
  2. Peluang meraih pahala berganda.
  3. Menulis sebagai suatu kerja yang mulia.
  4. Menulis sebagai suatu bentuk terapi.
  5. Berkongsi pengalaman sendiri. 
  6. Sumber kewangan sampingan.
(Dipetik daripada Buku Mudahnya Menulis, tulisan Umi Kalthum Ngah)

Buku ini memberi aku semangat dan inspirasi untuk terus menulis tau! Walaupun menulis tentang pengalaman sendiri (dan walaupun masih merangkak dalam menghasilkan penulisan yang baik secara amnya). Ia tetap sebuah penulisan. Tahu tak, antara sebab kenapa menulis ini kerja yang mulia adalah kita mampu untuk memartabatkan kedaulatan bahasa melayu yang kita cintai. Patutnya, sekarang, kalian sudah boleh mengagak mengapa aku berubah daripada menaip menggunakan ejaan ‘shortcut’ kepada ejaan penuh semenjak setahun lepas. 

Adik aku pernah menyakat aku hanya kerana menggunakan bahasa melayu “baku” dalam status 'Whatsapp'. Bukan apa, semenjak naik Tandzim Persatuan Belia Harmoni dulu, aku berjanji dengan diri sendiri untuk menjadi contoh yang baik dan itu termasuk mengubah cara penulisan aku dalam media sosial. 

“Penulisan seseorang itu melambang ketinggian intelek seseorang penulis. Oleh itu, tulis dengan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi”, kata Prof. Emeritus Abdullah Hassan. 
Aku percaya, begitu juga dengan bahasa-bahasa lain, poinnya adalah menggunakan bahasa itu dengan baik dari segi struktur dan perbendaharaan kata. 

Walaupun aku belum mampu untuk menulis menggunakan Bahasa Melayu Tinggi, sekurang-kurangnya aku telah mengambil langkah pertama ke arah itu dengan menulis menggunakan ejaan penuh (selain daripada ‘tak’ dan ‘dah’). InsyaaAllah semoga di masa akan datang, dapatlah aku menulis menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. 

Konklusinya, aku akan terus menulis! Juga, aku menyeru semua orang untuk turut menulis. Sebarkanlah kebaikan melalui penulisan. Biarpun belum mahir tatabahasa atau penggunakan kosa kata kita terhad, teruskan sahaja menulis kerana kemahiran itu boleh dipelajari dan diperbaiki sepanjang kita menulis. Oh ya! Aku nak kongsikan juga kata-kata Tun Dr. Mahathir tentang menulis semasa ditemu bual untuk sebuah dokumentasi bertajuk "Tun Dr. Mahathir: Perjuangan Belum Selesai", katanya, membaca sahaja tidak cukup untuk mengekalkan kecerdasan minda, perlu menulis. Ini adalah kerana, dengan menulis kita dapat menjana banyak ilham atau idea-idea yang bernas yang belum pernah timbul sebelum ini. 

Jom, menulis!
Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Poem: If I May

  Title: If I May Theme: Spiritual Reminder   If I may, I need you to tell me, That the world is temporary, And less people are wary, About the end that they will carry.   If I may, Remind me, please, Whether in hardship or ease, And no matter what I’ve seized, It’s only Him I have to please.   If I may, Give me a guarantee, For all the ambiguities, And for all the uncertainties, He’s always here, providing clarities.      If I may, Let it be known, For happiness to be owned, Live simply do not moan, And that’s the biggest don’t.   If I may, Help my thought to mend, That failure is not the end, Put trust in His hand, For I’ll be guided till the very end. - Muneera, 21st June 2018

Teaching Experience #5: Another fun activity but draining

 22.9.2021 So much for the “Fun in learning”, I am now suffering from headache and neck pain After math of playing a game during our English Class. I came out of the class sweating like I just had Zumba. Haih Here’s what we did today, I wanted to teach them fixed phrases like simple questions that they use on a daily basis. To make it more interesting, I made a box filled with orange and white coloured ping pong ball They just have to draw the ping pong ball, if they get the orange one, they have to read the Question and find the answer in the Mahjong Paper (right side). If they get a white one, they have to start from looking at the answer first then find the suitable Question from the left Mahjong Paper. Simple right? But what’s not simple was controlling their excitement and eagerness to participate. Hahaha traumatised. Let’s just hope, next time, it’ll be manageable. Some pictures

Si Kecil Asykin

Esok, saya perlu berada di negeri jiran iaitu Perak. Kami di Hidayah Centre Foundation Wilayah Utara akan mengadakan sebuah program Ziarah Mesra Kampung Orang Asal. Saya akan ke sana menaiki Kereta Api dari Butterworth.  Saya singgah di masjid berdekatan dengan Penang Sentral. Memandangkan saya tiba 2 setengah jam lebih awal,  saya fikir baik saya berehat di dalam masjid sementara menunggu masuk waktu Asar.  Tiba-tiba, muncul seorang kanak-kanak dari tandas di sebelah kiri saya.  “Kakak nak sembahyang?,” tanya dia. “Dak, kak nak tunggu masuk waktu Asaq dulu”, jawab saya dengan senyuman. “Kamu buat apa sini?” tanya saya.  “Saya nak sembahyang”, katanya sambil menghadiahkan senyuman yang paling manis. Saya masuk ke ruangan sembahyang. Mengekorinya. Suis-suis lampu dan kipas dibuka satu persatu. Langsir dibetul-betulkan. Lagak AJK masjid. Saya pula sibuk mencari soket untuk mengecas telefon pintar saya. “Adik sorang ja ka?” tanya saya. “Ha sorang. Abang tak dak, ab...