Ada masanya, aku rasa nak menangis sepuas-puasnya dengan harapan dapat menyelesaikan masalah ini. Aku tidak tahu sampai bila aku boleh bertahan dengan dunia. Belambak (baca : ramai). Belambak orang tanya, kenapa kau sahaja yang kena buat? Mana yang lain? Kalau aku tahu jawapannya, tidaklah aku menangis kan. Allah sahaja tahu sebab mereka dan aku harap biar apa sahaja alasan mereka, biar lebih bernilai masa dan tenaga yang dikorbankan kepada yang bukan di jalan dakwah itu. Ini bukan soal Su'uzon atau tidak dan bukan juga aku mahu menilai. Harap fahamlah maksud aku. Aku tidak dapat untuk sentiasa senyum, beri kata-kata positif, pakai topeng reaksi-reaksi yang indah itu. Percaya atau tidak, aku sudah cuba untuk buat sebegitu. Tetapi, aku tidak mampu. Sebaliknya, aku terasa lebih hipokrit. Ya lah kan, aku hanya manusia.😊 Semalam, seperti biasa aku dan sahabat-sahabat seperjuangan menghadiri Qiamullail bulanan. Qiamullail adalah antara program yang berjaya mengikat hati aku kepad
"Everything belongs to Allah" هذا من فضل ربّي