Skip to main content

Jalan Ini Jalan Aku

Ada masanya, aku rasa nak menangis sepuas-puasnya dengan harapan dapat menyelesaikan masalah ini. Aku tidak tahu sampai bila aku boleh bertahan dengan dunia. Belambak (baca : ramai). Belambak orang tanya, kenapa kau sahaja yang kena buat? Mana yang lain?

Kalau aku tahu jawapannya, tidaklah aku menangis kan. Allah sahaja tahu sebab mereka dan aku harap biar apa sahaja alasan mereka, biar lebih bernilai masa dan tenaga yang dikorbankan kepada yang bukan di jalan dakwah itu. Ini bukan soal Su'uzon atau tidak dan bukan juga aku mahu menilai. Harap fahamlah maksud aku.

Aku tidak dapat untuk sentiasa senyum, beri kata-kata positif, pakai topeng reaksi-reaksi yang indah itu. Percaya atau tidak, aku sudah cuba untuk buat sebegitu. Tetapi, aku tidak mampu. Sebaliknya, aku terasa lebih hipokrit. Ya lah kan, aku hanya manusia.😊

Semalam, seperti biasa aku dan sahabat-sahabat seperjuangan menghadiri Qiamullail bulanan. Qiamullail adalah antara program yang berjaya mengikat hati aku kepada medium gerakkan dakwah yang aku pilih sekarang. Mengimbau semula kenangan bersama kakak-kakak yang dulu gigih mentajmik (mengumpul) kami (adik-adik 'fresh' lepasan SPM) untuk bersama mereka. Belajar kenal Allah dan Rasul bersama-sama. Belajar keindahan Islam, belajar tujuan hidup yang sebelum ini memang tidak aku ketahui dan paling penting belajar tentang ukhuwwah secara praktikal. Semuanya momen-momen indah bagi aku. Dalam keadaan leka dengan kehangatan ukhuwwah Qiam semalam, tiba-tiba salah seorang kakak yang masih berbaki menjalankan dakwah di bumi kenyalang ini berkata, "Dah besar dah kan korang.. Dulu kecil je". Terus terasa seperti ditampar realiti semula. Sekarang kami lah menggantikan tempat kakak-kakak itu. Cuma yang berbeza adalah bilangan kakak-kakak dulu dan sekarang jauh berbeza. Kalau dulu 20-30 orang kakak-kakak yang menyantuni kami, sekarang hanya tinggal 5-6 orang. Itu pun termasuk baki kakak-kakak yang sanggup tidak pulang ke semenanjung untuk teruskan perjuangan dakwah di sini. Di mana mutarobbi yang telah disantuni dulu? Di mana orang-orang yang sepatutnya menjadi pengganti 'kakak-kakak' kita dulu?



يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ
“Ya muqollibal quluub tsabbit qolbi ‘alaa diinik""Wahai Dzat yang Maha Membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu."
Sering aku lupa bahawasanya, Allah yang memegang hati mereka dan hati aku. Bila-bila sahaja Allah boleh membolak-balikkan hati kita. Aku patut bersyukur Allah izinkan aku untuk terus berada di jalan dakwah. Walaupun jalannya perit dan penuh dengan mehnah, sekurang-kurangnya aku tahu Allah akan menggantikannya dengan kesenangan di akhirat kelak. 


مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلاَلَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا
Barangsiapa yang menyeru kepada sebuah petunjuk maka baginya pahala seperti pahala-pahala orang-orang yang mengikutinya, hal tersebut tidak mengurangi akan pahala-pahala mereka sedikitpun dan barangsiapa yang menyeru kepada sebuah kesesatan maka atasnya dosa  seperti dosa-dosa yang mengikutinya, hal tersebut tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikitpun.” (HR. Muslim)
Tidak mengapa. Dengan secebis kekuatan yang Allah beri, InsyaAllah aku dan sahabat-sahabat aku, akan terus menyelusuri jalan ini biar pun akhirnya yang tinggal mungkin salah seorang daripada kami. Nauzubillahi min zalik. 
Biar impaknya seperti kurang kelihatan sekarang, tetapi lambat laun pasti ada juga hasil. InsyaaAllah.


Sekian. 

Surat   Al- Faathir 35;  ayat   5 – 7



5. Hai manusia, Sesungguhnya janji Allah adalah benar, Maka sekali-kali janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan sekali-kali janganlah syaitan yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah.

6. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, Maka anggaplah ia musuh(mu), karena Sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala

7. orang-orang yang kafir bagi mereka azab yang keras. dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh bagi mereka ampunan dan pahala yang besar


Allahu 'alam.

Comments

Popular posts from this blog

Sumpitan Glamping, Lenggong, Perak

Assalamualaykum wbt. Akhirnya, ada kekuatan yang tak dapat diabaikan untuk kemaskini blog ini haha Hari ini sis nak kongsikan pengalaman 'Camping' di tempat baru! Tempat ini baru dibuka pada tahun ini dan dinamakan sebagai  Sumpitan Glamping . Glamping ini bertempat di  Daerah Lenggong, Perak Darul Rizuan . Mungkin ada yang lupa, Lenggong ini adalah kawasan Prasejarah yang dijaga tau! Ingat tak Perak Man? Lelaki prasejarah yang dijumpai tulang belulang badannya yang disebut dalam buku teks sejarah sekolah menengah? Ya, sinilah tempat asalnya.  Kepada yang meminati permandangan perkampungan dan hutan, korang mesti akan seronok datang sini. Selain daripada adanya banyak  sungai , Lenggong juga ada banyak  Gua  tau! Gua-gua ini siap boleh di'explore'. Tetapi perlu pandai-pandai hubungi ejen-ejen tempatan lah untuk bantu bimbing kita sepanjang 'exploration' dalam gua nanti.  Air terjun ? Ada! Tetapi sis tak pergi lah, tak larat nak mendaki haha Harga penginapan di S

Poem: If I May

  Title: If I May Theme: Spiritual Reminder   If I may, I need you to tell me, That the world is temporary, And less people are wary, About the end that they will carry.   If I may, Remind me, please, Whether in hardship or ease, And no matter what I’ve seized, It’s only Him I have to please.   If I may, Give me a guarantee, For all the ambiguities, And for all the uncertainties, He’s always here, providing clarities.      If I may, Let it be known, For happiness to be owned, Live simply do not moan, And that’s the biggest don’t.   If I may, Help my thought to mend, That failure is not the end, Put trust in His hand, For I’ll be guided till the very end. - Muneera, 21st June 2018

Si Kecil Asykin

Esok, saya perlu berada di negeri jiran iaitu Perak. Kami di Hidayah Centre Foundation Wilayah Utara akan mengadakan sebuah program Ziarah Mesra Kampung Orang Asal. Saya akan ke sana menaiki Kereta Api dari Butterworth.  Saya singgah di masjid berdekatan dengan Penang Sentral. Memandangkan saya tiba 2 setengah jam lebih awal,  saya fikir baik saya berehat di dalam masjid sementara menunggu masuk waktu Asar.  Tiba-tiba, muncul seorang kanak-kanak dari tandas di sebelah kiri saya.  “Kakak nak sembahyang?,” tanya dia. “Dak, kak nak tunggu masuk waktu Asaq dulu”, jawab saya dengan senyuman. “Kamu buat apa sini?” tanya saya.  “Saya nak sembahyang”, katanya sambil menghadiahkan senyuman yang paling manis. Saya masuk ke ruangan sembahyang. Mengekorinya. Suis-suis lampu dan kipas dibuka satu persatu. Langsir dibetul-betulkan. Lagak AJK masjid. Saya pula sibuk mencari soket untuk mengecas telefon pintar saya. “Adik sorang ja ka?” tanya saya. “Ha sorang. Abang tak dak, abang dalam penjara kena t