Assalamualaykum wbt. Sekarang, jam 2:09 pagi. Aku masih segar, kepenatan yang dirasai 3 jam yang lalu hilang serta-merta. Selalunya tepat jam 12 pagi, pasti mata aku sudah keluarkan isyarat untuk tidur, tetapi sekarang sebaliknya, aku seperti baru sahaja bangun tidur. Semua gara-gara tragedi yang berlaku sebentar tadi kira-kira jam 11:30 malam. Apa-apa pun, syukur kepada Allah swt, kami selamat. Lebih kurang 8:15 malam tadi, aku bersama 'usrahmate' aku berkumpul untuk sesi liqo' usrah kami. Sementara menunggu seorang lagi 'usrahmate', Murobbi aku mencadangkan kepada kami untuk solat Isya' terlebih dahulu, kerana takut habis lewat usrah nanti. Usai sahaja solat, 'usrahmate' pun semua sudah ada maka kami terus mulakan usrah. Bahagia sahaja semuanya, tiada siapa yang akan menyangka akan berlakunya sesuatu selepas itu. Kami selesai Usrah dalam pukul 11:00 malam. Memandangkan kali ini, aku mempunyai kereta bersama ku kerana tuan punya kereta 'outstati
"Everything belongs to Allah" هذا من فضل ربّي