Skip to main content

Harapan

Hari ini, aku terpanggil untuk menulis tentang harapan. Wah, ekstra kan bunyinya? Bunyi seolah-olah dijemput untuk memberi ceramah pula. Tergelak dibuatnya kerana aku bukanlah ahli falsafah yang boleh merungkai makna di sebalik perkataan harapan. Walaubagaimana pun, aku ingin berkongsi sedikit pengalaman dan sudut pandangan aku tentang 'harapan' ini.

Bagi aku, harapan itu indah. Oleh kerana adanya harapan, kita mahu terus hidup. Adanya harapan, kita seperti beroleh satu jalan baharu. Adanya harapan, kita beritahu pada diri sendiri untuk terus positif.

Harapan itu adalah daripada Allah. Harapan kita juga adalah kepada Allah swt. Memandangkan kita tidak dapat menjangka perjalanan hidup kita kerana itu adalah rahsia Allah maka sebab itu juga lah kita memerlukan harapan. Namun, ramai di kalangan kita, sakit kerana harapan. Katanya, harapan itu perit.

Hakikatnya, di sebalik kesakitan yang kita rasai akibat harapan itu adalah kerana salah tempat. Ya, kita salah dalam meletakkan harapan ditempat yang sepatutnya. Manakan tidak, harapan yang sepatutnya diletakkan pada Allah itu kita letakkan pada manusia. Hah! Manusia yang lemah dan rapuh seperti ranting-ranting pokok. Sekali tiup sahaja sudah goyah. Apatah lagi kalau dipijak. 'Trend' zaman sekarang, dimana-mana sahaja akan kita lihat ayat seperti, "When reality hits you" atau "When reality punches/steps on you". Kononnya nak menggambarkan diri kita diinjak realiti yang kejam. Padahal realiti tidak kejam, cuma mampu atau tidak kita menghadapinya sahaja. Tidak mungkinlah Allah menzalimi kita sampai macam itu sekali. Dalam Al-Quran Allah berfirman di dalam Surah Yunus(10) ayat 44, "Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikitpun, akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri." 

Percaya atau tidak, kita sudah menzalimi diri sendiri. Mungkin kita akan mempersoalkan, kenapa pula aku yang zalim sedangkan Allah uji aku bertalu-talu sebegini? Pertama, pandai pun guna perkataan Allah 'uji', ujian Allah kepada hamba-hambaNya adalah untuk menguatkan keimanan kita kepadaNya bukan untuk tujuan menyeksa atau menzalimi. Selalu kita dengar, Allah menguji hambaNya mengikut kemampuan masing-masing. Kalau Allah itu zalim, tentu kita sudah K.O sekarang. Kedua, kita zalim kerana kita telah berharap selain dari Allah swt. Kita berbuat kebaikan pada asalnya atas nama Allah, tetapi apabila  diuji sedikit dengan kehadiran manusia-manusia yang mencabar, terus meroyan di media sosial. Ya, itu apa yang aku nampak sekarang. 

Nota kaki : Ada banyak lagi contoh-contoh manusia menzalimi diri sendiri, tetapi buat masa ini, aku mahu fokuskan kepada harapan.

Selalunya, kita kecewa kerana rasa tidak ada yang memahami penat lelah kita. Kita kecewa kerana tidak ada yang prihatin dengan kita. Kita kecewa lagi kerana tidak ada yang membantu kita dikala kita memerlukan tambahan pula kita sudah banyak membantu orang. Kita kecewa sebab apa? Sebab mereka semua adalah manusia biasa.

Apabila kita berharap pada manusia, memang akan kecewa, apabila sudah kecewa, bermula pula episod ungkit-mengungkit. Kita seorang sahaja buat semuanya lah, kita sudah tolong mereka tetapi sebaliknya ditinggalkan lah, dan macam-macam lagi. Akhirnya, keikhlasan pun lenyap dari hati. Niat asal yang suci itu terbang entah ke mana. Bukan itu sahaja, hilang tsiqah (kepercayaan) dan hormat orang terhadap kita.

Jangan buat sesuatu kebaikan dengan harapan kebaikan itu akan dibalas kembali oleh manusia itu. Pemikiran itu salah. Haraplah kebaikan itu datang daripada Allah. Allah akan hantar kebaikan daripada arah yang tidak disangka-sangka.

Murobbi aku selalu mengingatkan kami, mutarobbinya yang sering mengadu. Kata beliau, "Perbanyakkanlah berdoa pada Allah, walau apa pun terjadi, doa. Tidak kisah lah, mereka mahu membantu kamu di jalan dakwah atau tidak, yang penting kalian doa dan harap pada Allah." Kalau diikutkan keadaan dan tanggungjawab yang aku galas, Nauzubillahi min zalik, boleh dilanda kemurungan sekiranya aku ini berharap pada manusia. Namun, aku bersyukur kepada Allah kerana Allah hadirkan insan-insan yang mengingatkan aku kembali untuk bergantung harap pada Allah swt.

Zaman jahiliyah aku telah banyak mengajar aku tentang harapan. Aku tidak mahu lagi berharap kepada sesiapa pun waima diri sendiri tanpa berteraskan kepada Allah. Aku pernah berharap pada seorang sahabat dan aku diumpat di belakang, selepas itu aku berharap pula pada orang lain dan sekarang aku pun tidak pasti status persahabatan kami. Cerita itu tidak berhenti di situ sahaja, aku pernah bekerja dalam banyak organisasi dan berharap pada ahli-ahlinya dan dalam keramaian itu aku seperti bekerja bersendirian. Akhir sekali, aku berharap kepada diri sendiri kerana aku fikir tidak akan ada orang yang akan mengecewakan aku lagi. Sekali lagi aku salah, diri aku juga manusia. Aku kecewa dengan diri sendiri dalam banyak hal.

Bercakap tentang berharap pada diri sendiri, aku teringat satu kisah yang boleh menjadi pengajaran kepada semua terutamanya diri aku. Pada semester 1 dan 2, aku banyak melibatkan diri dalam organisasi, seperti yang aku sebut di atas. Sehinggakan aku rasa sibuk aku ini hampir sama dengan sibuk Perdana Menteri. Okay, melampau sikit. Jadi, apabila tiba musim peperiksaan, aku sendiri tidak pasti apa yang aku sudah baca dan ulang kaji. Masa itu, pergantungan aku pada Allah memang seratus peratus. Alhamdulillah aku mendapat 'pointer' yang baik kedua-dua semester. Masuk semester 3, aku mula leka. Aku menjadi terlebih yakin dengan diri sendiri dan berharap pada diri sendiri. Aku fikir, kalau semester lepas yang kelam kabut itu pun aku boleh 'score', semester ini mesti boleh juga. Aku lupa untuk bergantung harap pada Allah. Akhirnya, keputusan semester 3 aku jatuh merudum ke liang lahad. Satu tamparan yang baik Allah bagi pada aku. Inilah akibat meletakkan harapan kepada selain Allah.

Cerita keinsafan aku bermula pada suatu hari, aku belajar mentadabbur Surah Al-Fatihah di sebuah majlis ilmu tetapi aku sudah lupa di mana. Surah wajib kita baca di setiap solat. Sampai sahaja di ayat 5, hati aku terasa diketuk. Kenapa selama ini aku boleh tidak menghayati ayat ini? Teruknya aku (baca : jahil). "Hanya kepada Mu aku sembah dan hanya kepada Mu aku memohon pertolongan". Ini antara ayat paling 'power' bagi aku. Selepas daripada itu, aku menjadi lebih bahagia daripada biasa. Ada juga waktunya aku terlupa, tetapi apabila teringat kembali ayat ini, aku kembali 'fresh'.

Nota kaki : Banyak lagi ayat dalam Al-Quran yang membawa maksud meletakkan harapan kepada Allah. Sila tadabbur dan rujuk tafsir.

Baik, sebelum tulisan ini menjadi lebih membosankan, eloklah aku buat kesimpulan sekarang. Kesimpulannya, letaklah harapan itu pada Allah. Pastikan dengan cara yang betul iaitu berharap, doa dan redha dengan natijahNya. Jangan sekadar meletakkan harapan kepada Allah, pastu sedih sebab tidak mendapat seperti yang dimahukan. Percayalah cakap aku, apabila kita berharap hanya kepada Allah, kita tidak akan kecewa sama sekali. Tahu kenapa? Sebab secara automatik, apa sahaja yang Allah sudah tetapkan kepada kita, kita tahu itulah yang terbaik. Kita redha. Sekiranya suatu masa nanti, kita sudah tidak mampu berharap, berdoalah pada yang menciptakan harapan itu.

Sekian.

Mohon maaf sekiranya ada terdapat kesalahan itu ini terutamanya kesalahan tatabahasa.
Penat juga menulis perkara-perkara macam ini. Nampak serius betul sedangkan aku ini bukan seorang yang serius sangat. >,<'







Comments

Popular posts from this blog

Sumpitan Glamping, Lenggong, Perak

Assalamualaykum wbt. Akhirnya, ada kekuatan yang tak dapat diabaikan untuk kemaskini blog ini haha Hari ini sis nak kongsikan pengalaman 'Camping' di tempat baru! Tempat ini baru dibuka pada tahun ini dan dinamakan sebagai  Sumpitan Glamping . Glamping ini bertempat di  Daerah Lenggong, Perak Darul Rizuan . Mungkin ada yang lupa, Lenggong ini adalah kawasan Prasejarah yang dijaga tau! Ingat tak Perak Man? Lelaki prasejarah yang dijumpai tulang belulang badannya yang disebut dalam buku teks sejarah sekolah menengah? Ya, sinilah tempat asalnya.  Kepada yang meminati permandangan perkampungan dan hutan, korang mesti akan seronok datang sini. Selain daripada adanya banyak  sungai , Lenggong juga ada banyak  Gua  tau! Gua-gua ini siap boleh di'explore'. Tetapi perlu pandai-pandai hubungi ejen-ejen tempatan lah untuk bantu bimbing kita sepanjang 'exploration' dalam gua nanti.  Air terjun ? Ada! Tetapi sis tak pergi lah, tak larat nak mendaki haha Harga penginapan di S

Poem: If I May

  Title: If I May Theme: Spiritual Reminder   If I may, I need you to tell me, That the world is temporary, And less people are wary, About the end that they will carry.   If I may, Remind me, please, Whether in hardship or ease, And no matter what I’ve seized, It’s only Him I have to please.   If I may, Give me a guarantee, For all the ambiguities, And for all the uncertainties, He’s always here, providing clarities.      If I may, Let it be known, For happiness to be owned, Live simply do not moan, And that’s the biggest don’t.   If I may, Help my thought to mend, That failure is not the end, Put trust in His hand, For I’ll be guided till the very end. - Muneera, 21st June 2018

Si Kecil Asykin

Esok, saya perlu berada di negeri jiran iaitu Perak. Kami di Hidayah Centre Foundation Wilayah Utara akan mengadakan sebuah program Ziarah Mesra Kampung Orang Asal. Saya akan ke sana menaiki Kereta Api dari Butterworth.  Saya singgah di masjid berdekatan dengan Penang Sentral. Memandangkan saya tiba 2 setengah jam lebih awal,  saya fikir baik saya berehat di dalam masjid sementara menunggu masuk waktu Asar.  Tiba-tiba, muncul seorang kanak-kanak dari tandas di sebelah kiri saya.  “Kakak nak sembahyang?,” tanya dia. “Dak, kak nak tunggu masuk waktu Asaq dulu”, jawab saya dengan senyuman. “Kamu buat apa sini?” tanya saya.  “Saya nak sembahyang”, katanya sambil menghadiahkan senyuman yang paling manis. Saya masuk ke ruangan sembahyang. Mengekorinya. Suis-suis lampu dan kipas dibuka satu persatu. Langsir dibetul-betulkan. Lagak AJK masjid. Saya pula sibuk mencari soket untuk mengecas telefon pintar saya. “Adik sorang ja ka?” tanya saya. “Ha sorang. Abang tak dak, abang dalam penjara kena t