Assalamualaykum wbt. Sekarang, jam 2:09 pagi. Aku masih segar, kepenatan yang dirasai 3 jam yang lalu hilang serta-merta. Selalunya tepat jam 12 pagi, pasti mata aku sudah keluarkan isyarat untuk tidur, tetapi sekarang sebaliknya, aku seperti baru sahaja bangun tidur. Semua gara-gara tragedi yang berlaku sebentar tadi kira-kira jam 11:30 malam. Apa-apa pun, syukur kepada Allah swt, kami selamat.
Lebih kurang 8:15 malam tadi, aku bersama 'usrahmate' aku berkumpul untuk sesi liqo' usrah kami. Sementara menunggu seorang lagi 'usrahmate', Murobbi aku mencadangkan kepada kami untuk solat Isya' terlebih dahulu, kerana takut habis lewat usrah nanti. Usai sahaja solat, 'usrahmate' pun semua sudah ada maka kami terus mulakan usrah. Bahagia sahaja semuanya, tiada siapa yang akan menyangka akan berlakunya sesuatu selepas itu.
Kami selesai Usrah dalam pukul 11:00 malam. Memandangkan kali ini, aku mempunyai kereta bersama ku kerana tuan punya kereta 'outstation' beberapa hari yang lalu, dan pada masa yang sama sahabat aku seperti kelaparan dan katanya sudah lama tidak pergi ke McDonalds. Jadi, tanpa membuang masa, bergeraklah kami bertiga ke McDonalds yang terletak tidak jauh dari UNIMAS, demi membahagiakan 'usrahmate' tercinta.
Sampai sahaja di McD, kami lihat terlalu banyak pula kereta di lorong pandu lalu. Aku pula nak mengelak daripada terkena 'cramp' kaki sebab memandu kereta manual, aku terus parkir kereta dan meminta kedua-dua sahabat aku yang turun untuk membeli makanan dari dalam. Seperti dalam semua drama Malaysia mahupun filem Barat, apa yang berlaku adalah bateri telefon aku mati tepat pada waktu kami sampai di McD. Aku redha, aku buka sedikit tingkap kereta pemandu dan tingkap kerusi sebelah kerusi pemandu dan tutup enjin kereta. Langsung tidak syak apa-apa. Mereka berdua pun turun dari kereta dan masuk ke dalam bangunan.
Nasib baik ada Al-Quran, sementara menunggu aku sempat habiskan Al-Mulk dan semak hafazan surah lain. Betullah orang kata, nak dekat dengan Al-Quran, pertama kena jauh dari gajet. Rasa malu betul dengan diri sendiri sebab hanya buka Al-Quran selepas telefon mati. Kalau telefon aku masih berfungsi, aku tidak rasa aku akan buka Al-Quran ketika itu. Sudah lah di dalam kereta. 30 minit selepas itu, sahabat-sahabat aku kembali dengan membawa makanan di tangan mereka. Aku pun betulkan kedudukan kerusi, memakai tali keledar dan sudah bersedia untuk bergerak.
Saat aku memulas kunci kereta, sunyi. Tidak ada apa-apa bunyi langsung. Aku pulas lagi, masih sama, kereta tidak memberi respon. Aku mula cuak. Aku pandang kiri, "Weh.....", mencampakkan muka cuak aku pada sahabat aku pula. Aku cuba menidakkan situasi yang terjadi, tidak mungkinlah perkara ini terjadi pada aku. Aku sudah lah tidak ada ilmu-ilmu spesifik berkenaan kereta. Selalunya di rumah dulu, apabila sesuatu terjadi pada kereta, kalau bukan bapa aku, abang sepupu akan menjadi hero hari itu. Namun, kali ini lain benar, tiada keluarga di sisi. Siapa boleh jadi hero kami ini?
Setelah mencuba menghidupkan enjin beberapa kali. Kami gagal juga dan memutuskan untuk mendapatkan bantuan. Aku menghubungi tuan punya kereta, beliau tidak menjawab panggilan, tidur barangkali. Jadi, semestinya orang yang paling boleh dipercayai setelah keluarga adalah Murobbi kami. Murobbi kami dengan tenangnya meminta kami terangkan apa yang dipaparkan di 'screen' yang ada meter. Aku pun menjawab bahawa ada lampu simbol bateri yang menyala. Selain itu, simbol EPS (entah lah apa itu) dan ikon minyak juga tiba-tiba berkelip-kelip sedangkan aku baru sahaja mengisi minyak dua hari yang lalu. Murobbi kami kata, masalah bateri lah itu. Sempat aku merasa kagum sebentar dengan beliau.
Beliau meminta kami usahakan untuk mencari sesiapa yang ada kabel 'jump start'. Dengan baki kudrat yang ada, aku dan salah seorang sahabat aku keluar daripada kereta dan mula bertanya pada orang-orang di kawasan itu. Kumpulan pertama yang kami dekati merupakan pelajar UNIMAS, sangat baik tetapi malangnya mereka tidak mempunyai kabel tersebut. Kami terus bertanya dan bertanya, ramai yang tidak mempunyai kabel. Sehinggakan, aku pergi mendekati staff McD yang sedang menanggalkan banner iklan mereka, Alhamdulillah mereka datang terus beramai-ramai seperti sebuah pasukan bola sepak ke arah kereta kami. Mereka cuba menghidupkan enjin dengan cara menolak kereta dari belakang dan pada masa yang sama pemandu perlu tekan padel minyak di gear 2. Maka mulalah sesi bertawaf, kami pusing bangunan McD sebanyak dua kali. Pada ketika itu juga, kebetulan seorang lelaki berbangsa cina datang ke arah kami, memperkenalkan dirinya sebagai seorang mekanik kereta. Dia membantu kami untuk menghidupkan kereta menggunakan cara tadi semasa tawaf kedua. Namun masih gagal menghidupkan kereta.
Sempat sahabat aku berkata, sekarang terasa sangat memerlukan seorang ayah, selalunya apa-apa sahaja semuanya bergantung pada ibu. Bermuhasabah lah kami bersama-sama di dalam kereta. "Nasib baik kita sudah solat tadi kan?", sekali lagi, aku bersyukur.
Lelaki mekanik tadi siap menolong kami menghubungi RHB insurans, nasib baik kereta Kak Jasmin ini mempunyai insurans. Alhamdulillah mereka bersetuju untuk membawa kereta kami pulang ke UNIMAS menggunakan 'Tow truck' atau bahasa melayunya Trak Tunda. Aku dan mekanik itu juga sempat pergi ke kaunter stesen minyak Shell di sebelah McD untuk bertanyakan samada mereka mempunyai kabel 'jump start' atau tidak, mereka kata tidak. Nampaknya, terpaksa tunggu trak tunda sahajalah.
Tidak lama selepas itu, mekanik itu pun terpaksa beredar. Tidak dapat nak menggambarkan betapa kami berterima kasih pada beliau juga kepada staf-staf McD tadi yang gigih menolak kereta. Kami terus menunggu pihak trak tunda untuk datang. Murobbi kami pun masih menunggu berita daripada kami di rumahnya. Tidak jemu beliau menelefon kami setiap beberapa minit.
Tiba-tiba dari jauh, kami terlihat dua buah kereta yang masuk ke stesen minyak tadi. Sahabat aku pun mencadangkan untuk aku pergi tanya pakcik itu, sebagai ikhtiar terakhir. Aku pun terus keluar daripada kereta sambil memberi arahan acah-acah heroine, "Korang tunggu dalam kereta, biar aku seorang pergi". Sampai sahaja pada Pakcik kereta berwarna emas, beliau berkata beliau tidak ada kabel. Aku tanya pula Pakcik kereta berwarna hitam, beliau terus menyelongkar bonet. Tidak juga menjumpai kabel. "Sekejap, Pakcik tolong kamu tolak", katanya. Masalahnya, kami sudah pun mencuba taktik itu tadi, tetapi tidak berjaya. Tidak sampai hati pula nak beritahu pakcik itu kerana beliau nampak benar mahu menolong.
Beliau pun memandu keretanya ke arah kereta kami. Sekali lagi beliau menyelongkar bonet. Ajaib. Tiba-tiba Pakcik tersenyum dan mengeluarkan kabel 'jump start' ! Ketika ini, masing-masing sudah menadah tangan sambil berdoa kepada Allah. Tolonglah ya Allah, hidupkanlah enjin kereta ini.
Tidak sampai 10 minit, pakcik pun bergerak ke arah kerusi pemandu kereta kami dan memulas kuncinya. Akhirnya, enjin kereta berjaya dihidupkan. Terbongkok-bongkok kami mengucapkan terima kasih pada Pakcik. Terima kasih Ya Allah!
Aku sangat gembira malam tadi. Allah hantarkan ujian kepada kami untuk mengukuhkan lagi pergantungan kami pada Dia. Allah juga menghantarkan solusi kepada kami secepat mungkin.
Kami juga belajar banyak kemahiran melalui tragedi ini, kemahiran teknikal, kemahiran berkomunikasi dalam meminta bantuan orang luar dan kemahiran untuk bertenang.
Jarang sekali aku merasa setenang ini ketika menghadapi situasi sukar. Cuak sedikit pada awalnya, sebab sudahlah pinjam kereta orang, tiba-tiba rosak pula. Selepas itu, masing-masing cuba menenangkan diri dan memikirkan solusi. Alhamdulillah juga kerana tidak sempat menyusahkan Felo kami yang juga merupakan kenalan rapat untuk datang dan selamatkan kami di McD tadi. haha Kalau tidak, malu seumur hidup bak kata sahabat-sahabat aku tadi.
Tepat jam 1:00 pagi, tibalah kami diperkarangan UNIMAS. Aku memandu dengan penuh kesedaran dan berhati-hati agar tidak termati enjin kereta. Pakcik tadi kata, kalau mati lagi enjinnya, besar kemungkinan tidak dapat hidup sudah. Jadi, kami perlu mengelakkan daripada enjin kereta mati di tengah-tengah jalan atau di lampu isyarat. Segala Puji bagi Allah, kami selamat dan sangat gembira.
Aku terfikir, boleh sahaja mekanik kereta tadi selesaikan masalah, sebab beliau mekanik kereta kot, selalunya keretanya ada kabel 'jump start' cuma ironinya kali ini tidak ada. Tetapi yang akhirnya berjaya menghidupkan kereta adalah Pakcik yang terakhir tadi, yang bukan seorang mekanik. Allahu Akbar. Allah nak tunjuk bahawa pertolongan itu daripadaNya, tidak kira lah sekiranya orang yang datang itu seseorang yang paling sesuai untuk selesaikan masalah kita atau tidak, segalanya bergantung pada Allah dan keizinanNya.
Sekian. <3

Comments
Post a Comment