Assalamualaykum wbt. Aku ingin berkongsi sebuah kisah yang aku dengar dari Youtube sebentar tadi. Sebenarnya, tulisan di bawah ini dikira sebagai terjemahan daripada video berbahasa Inggeris itu, kerana itu sahaja yang aku mampu haha. Video perkongsian itu disampaikan oleh Sheikh Omar Suleiman, antara penceramah yang aku kagumi ilmu sirahnya. Link video akan aku kongsikan di bawah tulisan ini. Aku sangat tersentuh dengan kisah ini jadi aku mengambil keputusan untuk menulis kisahnya disini dengan harapan, ramai yang tidak rajin buka link youtube yang aku kongsikan di Whatsapp itu boleh membacanya disini. [Meninggalkan Arak kerana Allah] Abu Mihjan Ats-Tsaqafi r.a adalah salah seorang sahabat pada zaman Nabi SAW yang sangat ketagih dengan arak. Kecintaannya pada arak itu sehinggakan dia menulis puisi tentang araknya. Dia juga pernah menulis di dalam wasiat kepada anak-anaknya bahawa sekiranya dia meninggal dunia kelak, rendamkan tulang-belulangnya di dalam arak supaya ia dapat menyer
"Everything belongs to Allah" هذا من فضل ربّي