Skip to main content

Layankan sahaja kesedihan

Assalamualaykum wbt.

Aku tak tahu sejak dulu aku macam ini atau sejak kebelakangan ini baru aku jadi macam ini, aku tolak ja semua ke dalam tekak, aku telan semuanya. Aku cakap pada diri sendiri, “Tak apa Mun, hang kan kuat, tak perlu menangis” ,”You can do this Mun, apalah sangat nak dibandingkan dengan orang lain, ujian hang sikit sahaja pun”. Aku tahu menangis bukan lah tanda kita lemah, tetapi aku rasa "pathetic" kalau aku menangis. Pada masa yang sama, aku rasakan seperti tidak ada apa-apa yang akan berubah pun kalau aku menangis.

Sampailah hari ini,selepas Qiam bersama-sama dengan sahabat-sahabat seperjuangan, aku dihantar pulang ke kolej oleh Kak N. Di dalam kereta, aku cuba bersembang dengan Kak N tentang masalah aku yang aku kira agak memenatkan fizikal dan mental. Katanya, dia seorang yang akan melayan rasa sedih itu. Katanya juga, kalau dinafikan rasa sedih itu, ia akan terpendam dan berkumpul dan berkumpul sampailah suatu waktu nanti perkara kecil pun boleh menyebabkan letupan yang akan mengambil masa yang lebih lama untuk "heal". Macam "Mental breakdown" lah terma mudahnya. Ish, bayangkan itu sahaja sudah menggerunkan. Aku sudah pernah menjadi saksi kepada orang-orang yang melalui fasa mental breakdown, perghhhh memang sakit dan susah nak get back on track.
Tak nak aku, daripada letak “journey dakwah dan tarbiyah” aku on stake dan risk, baik aku layan sahaja kesedihan ini. Aku tak mahu proses DnT aku menjadi perlahan gara-gara menafikan kesedihan dan kepayahan yang dirasa yang pada awalnya masalah kecil sahaja.

Aku ada tulis sesuatu hari itu, semasa aku menangis sebab marahkan diri sendiri sebab menangis dan kecewa dengan diri sendiri atas sebab-sebab tertentu. Ya lah, rasa diri sendiri pathetic kan.

Ya Allah, you are the only one I have right now. You know I’m not the type that spills things to my parents. Usually I do that to my sisters and friends, but regarding this one matter, I have no one but you Allah that understands me. Please. Just so you know, there are so many things coiled up in my mind. Everything needs to be done in a short period of time. And I’m feeling so bad for not being able to become a good leader. Forgive me O Allah, for my sins of not leading my fellow members properly. I am nothing. I know I might have the spirits/enthusiasm a bit extra than the others, but I can’t do much. I am sorry for not being able to become a good example to the youngsters. I am just sorry for everything. I am starting to think that I am a useless person who only knows to do job and doesn’t progress. I am sorry for making less effort in this matter. Probably that’s the reason for me to deserve this. I don’t know whether I am just tired and need a rest or I am losing myself and hope on the surrounding.

Alhamdulillah, aku gagahkan diri pergi Qiamullail. Seperti biasa, malam itu ada pengisian tentang Isra' Mikraj. Jujur aku cakap, walaupun pengisiannya adalah isi-isi yang biasa aku dengar, tetapi semalam terasa sangat tenang. Masalah-masalah dan kerja-kerja yang banyak itu seolah-olah Allah mudahkan. Berkat majlis ilmu. Tambahan, Muwajjih juga bersemangat semalam dalam menyampaikan mesej. Poin paling penting yang aku dapat semalam dan memang sentiasa memberi kesan kepada aku adalah "mengadu kepada Allah" seperti mana Rasulullah saw mengadu pada Allah. Jangan putus asa dengan Allah swt.

Rasulullah juga pernah melalui fasa "emotionally down". Ingat tak ketika isteri tercinta nabi, Khadijah meninggal dunia dan diikuti Bapa Saudara Nabi, Abu Talib pada tahun yang sama? Allahu
Tetapi, Allah pujuk Nabi dengan mengangkatnya ke Sidratul Muntaha (termasuk keseluruhan perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan ke Langit ketujuh) dan diberi nya perintah untuk solat. Nah, sebab itu lah istimewanya solat. Praying is the remedy from Allah to us. Kita solat kepada Allah, kita mengadu pada nya dan berharap kepada nya. Allah Maha Mendengar. 

InsyaaAllah, kesimpulannya, kalau sedih, tak apa kalau nak menangis. Layankan sahaja kesedihan itu dan diikuti dengan solat (mengadu kepada Allah). Emo lah sampai puas hati. Biar sampai lega. Jangan tahan-tahan. Pastikan kita kembali segar dengan niat baru dan semangat baru. 💪 Lama-lama sedih buat apa kan? haha Nanti tertinggal kereta api perjuangan.

Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

Sumpitan Glamping, Lenggong, Perak

Assalamualaykum wbt. Akhirnya, ada kekuatan yang tak dapat diabaikan untuk kemaskini blog ini haha Hari ini sis nak kongsikan pengalaman 'Camping' di tempat baru! Tempat ini baru dibuka pada tahun ini dan dinamakan sebagai  Sumpitan Glamping . Glamping ini bertempat di  Daerah Lenggong, Perak Darul Rizuan . Mungkin ada yang lupa, Lenggong ini adalah kawasan Prasejarah yang dijaga tau! Ingat tak Perak Man? Lelaki prasejarah yang dijumpai tulang belulang badannya yang disebut dalam buku teks sejarah sekolah menengah? Ya, sinilah tempat asalnya.  Kepada yang meminati permandangan perkampungan dan hutan, korang mesti akan seronok datang sini. Selain daripada adanya banyak  sungai , Lenggong juga ada banyak  Gua  tau! Gua-gua ini siap boleh di'explore'. Tetapi perlu pandai-pandai hubungi ejen-ejen tempatan lah untuk bantu bimbing kita sepanjang 'exploration' dalam gua nanti.  Air terjun ? Ada! Tetapi sis tak pergi lah, tak larat nak mendaki haha Harga pengi...

Movie Review/Reflection : Maquia

Assalamualaykum wbt. Alhamdulillahi rabbil alamin. I here by would like to apologise, because I have been procrastinating to write ever since I entered second year degree. What made me write today you may ask? Somehow today, I felt emotionally touched with one particular Japanese Animation Movie that I watched with my friend Hamizah after Zuhr. She called it "Weekend Movie" or something like that. Plus, it was raining so the emotion became more overwhelming. So as I was stairing at the rain drops from the edge of the roof, I thought to myself, "Today might be a good day to write". Here I am now pressing on the keyboard. The Japanese Movie we watched was entitled, Maquia : When the promised Flower Blooms. It's basically a story about the pure love of a mother towards her son. Maquia is a girl from another place where her Clan lives longer than normal human lifespan. On the other hand, there's this King that was very self-centered and only cared for hi...

Tragedi 20 Mac 2019

Assalamualaykum wbt. Sekarang, jam 2:09 pagi. Aku masih segar, kepenatan yang dirasai 3 jam yang lalu hilang serta-merta. Selalunya tepat jam 12 pagi, pasti mata aku sudah keluarkan isyarat untuk tidur, tetapi sekarang sebaliknya, aku seperti baru sahaja bangun tidur. Semua gara-gara tragedi yang berlaku sebentar tadi kira-kira jam 11:30 malam. Apa-apa pun, syukur kepada Allah swt, kami selamat. Lebih kurang 8:15 malam tadi, aku bersama 'usrahmate' aku berkumpul untuk sesi liqo' usrah kami. Sementara menunggu seorang lagi 'usrahmate', Murobbi aku mencadangkan kepada kami untuk solat Isya' terlebih dahulu, kerana takut habis lewat usrah nanti. Usai sahaja solat, 'usrahmate' pun semua sudah ada maka kami terus mulakan usrah. Bahagia sahaja semuanya, tiada siapa yang akan menyangka akan berlakunya sesuatu selepas itu. Kami selesai Usrah dalam pukul 11:00 malam. Memandangkan kali ini, aku mempunyai kereta bersama ku kerana tuan punya kereta 'outstati...