Skip to main content

Sumpitan Glamping, Lenggong, Perak

Assalamualaykum wbt. Akhirnya, ada kekuatan yang tak dapat diabaikan untuk kemaskini blog ini
haha



Hari ini sis nak kongsikan pengalaman 'Camping' di tempat baru!

Tempat ini baru dibuka pada tahun ini dan dinamakan sebagai Sumpitan Glamping. Glamping ini bertempat di Daerah Lenggong, Perak Darul Rizuan. Mungkin ada yang lupa, Lenggong ini adalah kawasan Prasejarah yang dijaga tau! Ingat tak Perak Man? Lelaki prasejarah yang dijumpai tulang belulang badannya yang disebut dalam buku teks sejarah sekolah menengah? Ya, sinilah tempat asalnya. 

Kepada yang meminati permandangan perkampungan dan hutan, korang mesti akan seronok datang sini. Selain daripada adanya banyak sungai, Lenggong juga ada banyak Gua tau! Gua-gua ini siap boleh di'explore'. Tetapi perlu pandai-pandai hubungi ejen-ejen tempatan lah untuk bantu bimbing kita sepanjang 'exploration' dalam gua nanti. Air terjun? Ada! Tetapi sis tak pergi lah, tak larat nak mendaki haha

Harga penginapan di Sumpitan Glamping.

RM70 seorang untuk semalam. Sebenarnya, harganya okay kalau kita datang dengan kawan-kawan untuk camping satu malam. Dia jadi mahal sekiranya kita datang dengan keluarga. Kesian ketua keluarga lah nak bayar RM70 setiap satu ahlinya kan.. ok itu pendapat sis sahaja lah hehe

Kawasan dan Fasiliti. 

Ada 7 khemah keseluruhannya. Ada juga chalet bagi sesiapa yang tak mahu tidur di dalam khemah. Tempatnya bersebelahan dengan sungai yang sangat jernih. 

Bagi yang tidur dalam chalet, tandas dah built-in lah for sure tetapi bagi yang tidur dalam khemah, perlu guna tandas diluar dan perlu kongsi dengan orang-orang awam lain lah. Nonetheless, tandas nya bersih dan praktikal. Jamban masih berkilat okay! haha bukti tempat ini baru. 

Oh paling penting! Dalam khemah ada plug dan extension. Jadi, tak perlu risau tentang kehabisan bateri telefon dan kamera atau Power Bank. 

Di sini ada pantri yang comel yang di dalam nya ada mini dapursinkimeja makan dan peti ais. Disediakan tempat BBQ. Ada kawasan lapang yang boleh digunakan untuk beraktiviti Family Day gitu, untuk bersukaneka bagai kan.. dan ada disediakan jaring badminton. 

Mereka sediakan banyak tempat duduk dan gazebo jadi memang sesuai lah nak bawa ahli keluarga ramai-ramai untuk Family Day. 

Aktiviti-aktiviti

Dalam kawasan Sumpitan Glamping:
1. River Snorkeling: 
    Namun, takda pun ikan-ikan, jadi snorkeling tengok pasir dan 
    batu sungai jo lah cerita dia haha 
2. River Tubing: 
    Dalam poster. Tetapi waktu kitorang nak main, 
    Person In Charge kata buat masa ini takda lagi. 
3. BBQ dan Campfire
4. Memancing: 
    Ikan datang sungai tu ikut musim kot. hahaahaha 
    Semalam kami tak nampak seekor ikan pun. 

Luar kawasan Sumpitan Glamping, dalam Daerah Lenggong:
1. Mendaki bukit-bukit
2. Teroka Gua (terdapat lebih 10 gua di sana) 
3. Muzium Arkeologi Lenggong
4. Teroka Kampung-kampung tradisional Lenggong
5. Masbro Hidden Village : 
    RM5 entry fee dan Perlu Booking dulu, No walk in. 
    Daki atas lagi ada Ladang Teh. 
6. Memancing di Tasik Raban 
7. Kayak di Tasik Raban
8. Lawat Kawasan Ternakan Rusa

Gambar-gambar yang diambil di Sumpitan Glamping




oh ya! lupa nak bagitau, waktu petang jangan lah duduk dalam khemah. Panas nauzubillahi min zalik. 😂 Keluarlah pergi buat aktiviti luar. Dah malam tu baru masuk khemah balik. Ya ada sahaja Air Cooler, tetapi air cooler tu tak mampu nak sejukkan badan semua. 



Bahan mentah seperti Ayam, Daging Kambing dan Daging Rusa telah siap diperap oleh pihak Glamping. Tinggal bayar dan Panggang sendiri sahaja. 











Okay ada soalan? Sis sebenarnya dah lupa apa lagi yang nak ditulis. Kalian tinggalkan soalan di ruangan komen lah ya.

Sekian. 




Comments

  1. Replies
    1. Malam sedang2 shj lah tapi mungkin waktu tu memang kebetulan cuaca panas sangat. Tapi dekat2 nak subuh tu memang sejuk. ☺️

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Poem: If I May

  Title: If I May Theme: Spiritual Reminder   If I may, I need you to tell me, That the world is temporary, And less people are wary, About the end that they will carry.   If I may, Remind me, please, Whether in hardship or ease, And no matter what I’ve seized, It’s only Him I have to please.   If I may, Give me a guarantee, For all the ambiguities, And for all the uncertainties, He’s always here, providing clarities.      If I may, Let it be known, For happiness to be owned, Live simply do not moan, And that’s the biggest don’t.   If I may, Help my thought to mend, That failure is not the end, Put trust in His hand, For I’ll be guided till the very end. - Muneera, 21st June 2018

Si Kecil Asykin

Esok, saya perlu berada di negeri jiran iaitu Perak. Kami di Hidayah Centre Foundation Wilayah Utara akan mengadakan sebuah program Ziarah Mesra Kampung Orang Asal. Saya akan ke sana menaiki Kereta Api dari Butterworth.  Saya singgah di masjid berdekatan dengan Penang Sentral. Memandangkan saya tiba 2 setengah jam lebih awal,  saya fikir baik saya berehat di dalam masjid sementara menunggu masuk waktu Asar.  Tiba-tiba, muncul seorang kanak-kanak dari tandas di sebelah kiri saya.  “Kakak nak sembahyang?,” tanya dia. “Dak, kak nak tunggu masuk waktu Asaq dulu”, jawab saya dengan senyuman. “Kamu buat apa sini?” tanya saya.  “Saya nak sembahyang”, katanya sambil menghadiahkan senyuman yang paling manis. Saya masuk ke ruangan sembahyang. Mengekorinya. Suis-suis lampu dan kipas dibuka satu persatu. Langsir dibetul-betulkan. Lagak AJK masjid. Saya pula sibuk mencari soket untuk mengecas telefon pintar saya. “Adik sorang ja ka?” tanya saya. “Ha sorang. Abang tak dak, abang dalam penjara kena t