Skip to main content

Aku Mahal

Assalamualaykum wbt .

Kenapa ya ?
Kenapa kau 'desperate' sangat mahukan lelaki suka pada kau ?
Kenapa kau mahukan sangat berteman lelaki ? Adakah sebab kawan2 kau yang lain ada 'Bf' ?
Aku 'curious' apa lelaki itu boleh bagi pada kau ya ?

Baik,aku ada satu cerita,
Dulu,aku pernah rasa macam itu,rasa mahukan seorang teman lelaki.Walaupun aku sendiri tak tahu kenapa aku nak.Tetapi,aku disekolahkan di Convent,iaitu sekolah semua perempuan.Jadi,memang tak ada peluang langsunglah.
Selepas itu,naik sekolah menengah,mak suruh aku pindah ke sekolah campur.Mak nak aku tengok sendiri macam mana perangai dan karenah lelaki ini sebenarnya.Mak nak aku faham sendiri dan fikir betul-betul.Dari situ juga,aku tengok maksiat berleluasa macam virus.
Tetapi,jauh di sudut hati aku, masih berbaki perasaan mahu cuba ada Bf itu.
Alhamdulillah,Allah lindungi aku,tahu macam mana ? Tak ada sesiapa pun yang berani tegur aku,luahkan perasaan ke atau nak cuba ke..tak ada.
Mungkin sebab aku tak cantik ? Bukan 'taste' diorang ?
Apa sekalipun alasannya,aku tak kisah :)
Sebab aku sedar sesuatu.Aku sedar aku mahal dan Allah sayangkan aku.
Aku dah cukup bahagia fikirkan yang itu.Aku dah tak kecewa.

Selepas aku sematkan fakta itu dalam jiwa,datang satu petanda lagi yang Allah swt sayangkan aku.Allah datangkan ujian,nak pastikan aku betul-betul serious atau tak dengan apa yang aku dah sematkan itu atau itu semua hanya omong kosong.Tiba-tiba,datang seorang lelaki,sebaya aku,katanya dia suka pada aku.Sumpah,aku rasa macam mimpi.Kalau diikutkan hati mahu sahaja aku layan dia.
Tetapi,aku cuba kuatkan diri,aku minta dia cakap pada mak ayah aku.
Ini sedikit pun tak memberi jawapan kepada persoalan aku sebenarnya.Aku rasa semua ini hanyalah permainan lelaki.

((Apa jadi pada dia? Dia kembali menghadap ilahi beberapa bulan selepas itu.Innalillahiwa inna ilaihi rajiun)) Tak sempat bercakap dengan mak ayah aku,tetapi selepas dia pergi kakak saudaranya yang beritahu mak aku.

Awal tahun ini,aku baca satu buku mengenai Cinta.
Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu,karya Ustzh Fatimah Syarha dan Dr.Farhan Hadi.
Dalam buku ini,aku jumpa jawapan yang cukup menguatkan hati dan memotivasikan diri selamanya InsyaaAllah.
Soalanku,akan ada ka orang yang suka pada aku,'true love' dan mahu menjadi suami aku?
Jawapannya,
Allah ciptakan manusia itu berpasangan,
kalau tak di dunia maka InsyaaAllah di Syurga.
Itu janji Allah.Jadi,kenapa aku perlu risau? Yang penting sekarang,aku perlu berusaha menjadi solehah.Buktikan cinta aku pada Allah dahulu.
dan aku mahalkan diri aku kerana diriku hanya untuk si dia yang halal,bukan untuk orang-orang yang tidak pasti akan menjadi hak aku.Aku tak ingin jadi bahan experiment.
Aku harap cerita ini sedikit sebanyak membantu.
.
.

Tak perlu fikir cara-cara nak 'impress' lelaki dengan membuat perkara-perkara tak bermanfaat macam makeup lebih-lebih,lunakkan suara,buat swag,dan sebagainya.Tak perlu.Mengundang dosa adalah.
sebaliknya,cuba sediakan diri ke arah menjadi yang terbaik.Tahu tak,pasangan kita itu adalah cerminan diri kita.Si Soleh adalah untuk Si Solehah,begitu juga sebaliknya.Kalau buruk perangai kita,kerja tukar pasangan sahaja,macam itu lah pasangan kita nanti Nauzubilla min zalik.

Macam mana kalau tersuka ? Tak apa sayang,itu memang menjadi fitrah manusia untuk menyukai dan disukai.Cuma kita kena pandai uruskan fitrah itu.Macam mana ? Pertama,tanya diri,sebelum aku cintai dia adakah aku sudah betul-betul mencintai Pencipta dia dan Pencipta Cinta itu sendiri?
Kedua,jauhi daripada buat perkara-perkara yang dilarang Allah. Letak limit pada diri sendiri.Jangan ber'couple', berdua-duaan,berchatting, ini semua perkara yang boleh merosakkan hati dan mengundang fitnah.
Jaga ikhtilat. Apa itu Ikhtilat ? Ikhtilat itu batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Selagi tak ada urusan penting,pelajaran,atau perkara melibatkan nyawa then tak perlu berurusan pun dengan lelaki.
#SelfReminder. Ya,bukan mudah,tetapi bukan alasan untuk kita putus asa dan terus berdosa.
Mahalkan diri wahai wanita.

Sama-samalah kita doa agar sentiasa istiqomah demi mahukan redha Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Sumpitan Glamping, Lenggong, Perak

Assalamualaykum wbt. Akhirnya, ada kekuatan yang tak dapat diabaikan untuk kemaskini blog ini haha Hari ini sis nak kongsikan pengalaman 'Camping' di tempat baru! Tempat ini baru dibuka pada tahun ini dan dinamakan sebagai  Sumpitan Glamping . Glamping ini bertempat di  Daerah Lenggong, Perak Darul Rizuan . Mungkin ada yang lupa, Lenggong ini adalah kawasan Prasejarah yang dijaga tau! Ingat tak Perak Man? Lelaki prasejarah yang dijumpai tulang belulang badannya yang disebut dalam buku teks sejarah sekolah menengah? Ya, sinilah tempat asalnya.  Kepada yang meminati permandangan perkampungan dan hutan, korang mesti akan seronok datang sini. Selain daripada adanya banyak  sungai , Lenggong juga ada banyak  Gua  tau! Gua-gua ini siap boleh di'explore'. Tetapi perlu pandai-pandai hubungi ejen-ejen tempatan lah untuk bantu bimbing kita sepanjang 'exploration' dalam gua nanti.  Air terjun ? Ada! Tetapi sis tak pergi lah, tak larat nak mendaki haha Harga pengi...

Movie Review/Reflection : Maquia

Assalamualaykum wbt. Alhamdulillahi rabbil alamin. I here by would like to apologise, because I have been procrastinating to write ever since I entered second year degree. What made me write today you may ask? Somehow today, I felt emotionally touched with one particular Japanese Animation Movie that I watched with my friend Hamizah after Zuhr. She called it "Weekend Movie" or something like that. Plus, it was raining so the emotion became more overwhelming. So as I was stairing at the rain drops from the edge of the roof, I thought to myself, "Today might be a good day to write". Here I am now pressing on the keyboard. The Japanese Movie we watched was entitled, Maquia : When the promised Flower Blooms. It's basically a story about the pure love of a mother towards her son. Maquia is a girl from another place where her Clan lives longer than normal human lifespan. On the other hand, there's this King that was very self-centered and only cared for hi...

Tragedi 20 Mac 2019

Assalamualaykum wbt. Sekarang, jam 2:09 pagi. Aku masih segar, kepenatan yang dirasai 3 jam yang lalu hilang serta-merta. Selalunya tepat jam 12 pagi, pasti mata aku sudah keluarkan isyarat untuk tidur, tetapi sekarang sebaliknya, aku seperti baru sahaja bangun tidur. Semua gara-gara tragedi yang berlaku sebentar tadi kira-kira jam 11:30 malam. Apa-apa pun, syukur kepada Allah swt, kami selamat. Lebih kurang 8:15 malam tadi, aku bersama 'usrahmate' aku berkumpul untuk sesi liqo' usrah kami. Sementara menunggu seorang lagi 'usrahmate', Murobbi aku mencadangkan kepada kami untuk solat Isya' terlebih dahulu, kerana takut habis lewat usrah nanti. Usai sahaja solat, 'usrahmate' pun semua sudah ada maka kami terus mulakan usrah. Bahagia sahaja semuanya, tiada siapa yang akan menyangka akan berlakunya sesuatu selepas itu. Kami selesai Usrah dalam pukul 11:00 malam. Memandangkan kali ini, aku mempunyai kereta bersama ku kerana tuan punya kereta 'outstati...