Assalamualaykum wbt . Ya tuan-tuan dan puan-puan, aku sudah lama meninggalkan blog ini sejak menghabiskan pengajian di UNIMAS. Memang duduk di rumah sahaja ini lebih banyak masa 'free' daripada di universiti tetapi aku harus akui, makin berkarat otak aku ini. Tiada lagi idea-idea menjelma semasa 'shower' dan semasa mencuci kain baju dengan tangan. Tiada lagi inspirasi tiba-tiba di waktu malam ketika aku sedang baring menghadap siling dan kipas. Jadi, apa yang membuatkan aku kembali bersemangat menaip di sini?
Tempoh hari, Nasra hantar link blognya ke dalam 'group whatsapp' kami. Dia berjaya menulis sebuah entri baru setelah sekian lama, katanya. Jadi, timbul lah idea dari benak fikiran aku ini. Memandangkan kami semua seperti kehilangan semangat dan idea untuk menulis, apakata kita ambil alternatif untuk beri tema entri bergilir-gilir. Minggu ini, mengikut tema yang Nasra telah bawa iaitu perempuan, kami bersetuju untuk menulis apa sahaja yang berkaitan dengan perempuan. Kadang-kadang, boleh jadi aku beri sebuah tajuk kepada mereka dan mereka pula beri tajuk atau tema kepada aku. Semua ini adalah untuk mengalakkan kami menulis dan berusaha untuk menulis. Iya lah, bukan senang untuk dapatkan idea untuk menulis sesuatu yang bermanfaat, perlu kepada pembacaan yang banyak, pengkajian sedikit sebanyak dan semangat. Macam itu lah.
Sejak di bangku sekolah lagi, kita sudah biasa dengar perempuan lah yang paling bermasalah dari segi emosi. Betul atau tidak? Perempuan sinonim dengan "beremosi". Di sini, suka untuk aku memperbetulkan auta ini, sebenarnya perempuan bukan lah makhluk yang ada masalah emosi. Ya. Lelaki lebih cenderung kepada masalah emosi.
Badan manusia mempunyai hormon Cortisol. Hormon ini berfungsi sebagai pengawal emosi. Otak perempuan menghasilkan lebih hormon Cortisol ini berbanding otak lelaki. Jadi, sepatutnya perempuan lebih mahir mengawal emosi. Eh Ye ke? Mungkin korang susah nak percaya. Pernah lihat perempuan bercakap tidak berhenti? atau mudah menangis? Itu lah cara mereka "channel emotion" . Sangat jarang bagi perempuan untuk simpan sesuatu itu lama di dalam hati. Ada sahaja cara mereka untuk mengeluarkan rasa yang tidak menyenangkan itu atau yang menganggu fikiran itu keluar dari dalam mereka. Sebaliknya bagi lelaki, lelaki lebih kepada menyimpan apa yang dirasai di dalam hati selagi mampu, sehinggalah 'balang menyimpan emosi' itu pecah. Maka ini lah sebab kenapa pada sesuatu masa itu, lelaki menjadi agresif seperti mereka bukan diri mereka.
Perempuan bukan semata-mata "beremosi", tetapi mereka lah yang pandai menyalurkan emosi mereka dengan baik supaya mereka dapat menstabilkannya. Hebat bukan kaum perempuan ini?
Ada beberapa lagi fakta tentang perempuan yang menarik aku belajar di dalam kelas Perkembangan Otak. Fakta-fakta yang akan aku kongsikan ini bukanlah bertujuan untuk memperkecilkan lelaki ya. haha Tetapi aku ingin kongsikan sisi hebat seorang perempuan itu secara semula jadinya. Lelaki bukan segalanya, eh? haha #BukanFeminist. Kedua-duanya ada kehebatan masing-masing.
Selain daripada itu, perempuan bertindak lebih akut (tajam) dan cepat merasakan kesakitan, walaupun rintangan keseluruhan mereka terhadap ketidakselesaan jangka panjang mungkin lebih kuat daripada pada lelaki. Tak hebat lagi? Cuba sakitkan hati perempuan dan lelaki, semestinya perempuan itu yang terasa dulu keperitannya namun mampu untuk terus hidup. hahahaha over. Itu hanya contoh yang agak lari jauh. apa-apa pun, korang faham kan apa yang aku cuba sampaikan?
Oh ya, tahu tak bahagian apa di dalam otak perempuan yang mempunyai fungsi paling besar? Bahagian memori emosi dan bahagian input deria. Tak hairan lah kalau korang buat isteri-isteri korang menangis walaupun sekali seumur hidup (selebihnya korang hanya bahagiakan mereka sahaja, husnudzon) tetapi memori gelap waktu mereka menangis itulah yang paling mereka ingat. Tidak dilupakan juga, perasan tak isteri-isteri cepat betul tangkap bau-bau hapak badan korang? haha Akhirnya, misteri sudah pun terbongkar, rupanya otak perempuan ini sudah secara semula jadi sangat laju menangkap dan memproses bau, bunyi, sentuhan, rasa dan penglihatan.
Ada lagi yang menarik kawan-kawan ! Fakta ini membuatkan aku terus teringat kepada mak aku. Positron emission tomography (PET) adalah sebuah mesin yang digunakan untuk mengkaji aktiviti-aktiviti di dalam otak. PET scan telah menunjukkan bahawa otak perempuan yang sedang berehat sama aktif dengan otak lelaki yang sedang berfikir untuk menyelesaikan sesebuah masalah. Ini menunjukkan betapa perempuan ini memang tak dapat nak duduk diam, ada sahaja yang difikirkan di dalam minda.
Untuk mendapatkan lebih pencerahan berkenaan otak perempuan dan lelaki dan pada masa yang sama mahu ketawa, tonton lah video ini.
Ada banyak lagi yang ingin aku kongsikan tentang otak perempuan, termasuklah yang berkaitan dengan depresi, 'eating disorders' dan sebagainya kerana ini banyak berlaku kepada perempuan. InsyaaAllah jika berkesempatan, akan aku kongsikan di lain entri. Sampai sini sahaja lah dulu perkongsian aku.
Wallahualam.
Sekian.
Sumber : https://gurianinstitute.com/

Comments
Post a Comment