Skip to main content

Surat untuk Aku di Masa Depan

Sekali lagi, aku biarkan blog ini bersarang dan berhabuk. Maaf. Tidak pastilah samada diri ini tidak berdisiplin atau betul aku tidak mempunyai ruang masa dan idea untuk menulis. Jangan terkubur sudahlah impian ingin menulis buku nanti. 

Semalam, aku selesai menghadiri dua mesyuarat. Satu, mesyuarat ahli kumpulan media sekolah dan satu lagi mesyuarat bersama Helwa ABIM Kedah. Ya, aku menumpang gerabak ABIM pula sekarang dengan niat untuk bergerak dan memberikan sesuatu selagi mampu. Aku tidak mampu lagi untuk tinggal duduk dan menunggu panggilan atau kesempatan kerana aku tahu, aku berisiko tinggi untuk tenggelam dengan pantas. Aku membuat keputusan untuk pergi sahaja kepada mereka yang memerlukan aku tambahan pula aku sememangnya terikat sebagai guru di sekolah mereka. 

Saban waktu bekerja di sini, terasa seolah-olah aku di bawa kembali ke tangga satu. Tangga satu yang sama semasa aku, mahasiswa biasa yang dikenalkan dengan dakwah dan tarbiyah. Sejak daripada itu, hari-hari aku dan rakan seperjuangan di sana tidak lagi menjadi sama. Setiap hari ada sahaja diskusi tentang bagaimana untuk mendapatkan ahli baru untuk bersama-sama dalam dakwah dan tarbiyah. Bagaimana untuk kita laksanakan program yang memberi kesan dalam hati, bagaimana untuk dapatkan tenaga kerja untuk jalankan program sedangkan orang lain buat tak endah sahaja melihat kami dan bagaimana untuk mengeratkan ukhuwwah antara kami dan mereka. Tangga satu. Setelah empat tahun di sana, aku fikir mungkin kami telah sempat menjejak kaki ke tangga ketiga. Ini sekadar pendapat aku. Sekurang-kurangnya, ada lah ahli-ahli baru, ada lah anak-anak usrah baru (Mad'u) dan ada lah jua program yang memberi impak dan mencapai matlamat.

Aku fikir aku sudah melepasi fasa perit dan lelah yang kononnya mendewasakan. Aku fikir itu lah fasa paling dasyat. 

Aku silap. Sekarang, aku kembali ke tangga satu di alam yang berbeza. Alam pekerjaan dan "dewasa". Satu fasa di mana masa seolah-olah menghimpit. Pedulikan masa, manusia yang kononnya dewasa pula tinggal memikirkan diri masing-masing sahaja. Manusia itu juga hanya fikir dan rasa apa yang mereka mahu fikir dan rasa. Manusia yang menggunakan .... (teka lah) untuk kepentingan diri sendiri. Barangkali, aku tidak lari juga daripada sifat manusia itu. 

Payah. Penat. 

Baru-baru ini, aku membaca Surah Ar-Rum. Terdetik pula pada waktu itu untuk membaca terjemahannya sekali. Terdiam seribu bahasa. Aku terasa seolah-olah terkena satu tamparan dasyat daripada Allah swt. Aku tahu Allah sedang menundukkan hati aku yang sakit ini. 






Terasa terlalu banyak masa aku yang telah disia-siakan kepada perkara yang selain daripada pembangunan ummah. Terlalu banyak fikiran kosong telah dilayangkan yang bersifat duniawi semata-mata. Aku lupa bagaimana agaknya keadaan aku nanti di akhirat. Aku lupa janji Allah itu pasti iaitu Syurga bagi yang melaksanakan amar makruf nahi mungkar dan neraka bagi yang ingkar dan menzalimi, termasuklah menzalimi diri sendiri dengan perkara sia-sia. 

Apa yang paling menakutkan aku adalah apabila sekiranya Allah menarik kembali semua pinjaman ini daripada aku terutamanya pinjaman Nikmat Keimanan. Sudahlah dipinjamkan, aku langsung tidak menjaganya dengan baik. Acap kali di fasa baharu ini, aku mahu berhenti dan mengangkat bendera putih. Bukan sahaja penat berlawan dengan diri sendiri tetapi dengan manusia sekeliling. Namun, jika aku berhenti, sanggupkah aku biarkan diri sendiri terdedah kepada kegelapan lama? Nauzubillahi min zalik. Tidak!

Sedarlah diri. Aku ini bukan siapa-siapa. Aku hanya seorang hamba yang baru mempunyai sedikit tanggungjawab yang dikendong. Belum pun lagi berumah tangga, menjadi ibu atau seorang pemimpin kumpulan besar. Aku hanya seorang guru muda dan mahasiswa yang sepatutnya sentiasa ada hamasah untuk berbakti kepada agama. 

Aku menulis di sini adalah untuk mengingatkan diri aku sendiri kelak. Tika satu hari nanti, aku jauh daripada Tuhan atau hanyut dalam keselesaan, aku mahu diri aku baca semula tulisan ini. Ingat kembali betapa aku tidak redha dengan keadaan selesa itu. Betapa aku dulu pernah dilatih untuk bergerak dan aku pernah bergerak. Betapa aku tidak suka dengan sikap tidak peduli manusia dan sikap pentingkan diri sendiri. Jadi, aku sendiri perlu menjauhinya. Aku perlu kepada proses perubahan diri sendiri dan masyarakat aku.  

Biarlah berpenat-penatan sekarang asal tidak berhenti kaku. Biarlah penat ini meninggalkan bekas di dalam hati dan memori supaya tidak mudah aku jatuh dan tertinggal gerabak.  Biarlah penat ini menjadi asbab aku mendapat perhatian Allah kelak. Hanya perhatian Allah. Aamiin. 




Comments

Popular posts from this blog

Sumpitan Glamping, Lenggong, Perak

Assalamualaykum wbt. Akhirnya, ada kekuatan yang tak dapat diabaikan untuk kemaskini blog ini haha Hari ini sis nak kongsikan pengalaman 'Camping' di tempat baru! Tempat ini baru dibuka pada tahun ini dan dinamakan sebagai  Sumpitan Glamping . Glamping ini bertempat di  Daerah Lenggong, Perak Darul Rizuan . Mungkin ada yang lupa, Lenggong ini adalah kawasan Prasejarah yang dijaga tau! Ingat tak Perak Man? Lelaki prasejarah yang dijumpai tulang belulang badannya yang disebut dalam buku teks sejarah sekolah menengah? Ya, sinilah tempat asalnya.  Kepada yang meminati permandangan perkampungan dan hutan, korang mesti akan seronok datang sini. Selain daripada adanya banyak  sungai , Lenggong juga ada banyak  Gua  tau! Gua-gua ini siap boleh di'explore'. Tetapi perlu pandai-pandai hubungi ejen-ejen tempatan lah untuk bantu bimbing kita sepanjang 'exploration' dalam gua nanti.  Air terjun ? Ada! Tetapi sis tak pergi lah, tak larat nak mendaki haha Harga pengi...

Movie Review/Reflection : Maquia

Assalamualaykum wbt. Alhamdulillahi rabbil alamin. I here by would like to apologise, because I have been procrastinating to write ever since I entered second year degree. What made me write today you may ask? Somehow today, I felt emotionally touched with one particular Japanese Animation Movie that I watched with my friend Hamizah after Zuhr. She called it "Weekend Movie" or something like that. Plus, it was raining so the emotion became more overwhelming. So as I was stairing at the rain drops from the edge of the roof, I thought to myself, "Today might be a good day to write". Here I am now pressing on the keyboard. The Japanese Movie we watched was entitled, Maquia : When the promised Flower Blooms. It's basically a story about the pure love of a mother towards her son. Maquia is a girl from another place where her Clan lives longer than normal human lifespan. On the other hand, there's this King that was very self-centered and only cared for hi...

Poem: If I May

  Title: If I May Theme: Spiritual Reminder   If I may, I need you to tell me, That the world is temporary, And less people are wary, About the end that they will carry.   If I may, Remind me, please, Whether in hardship or ease, And no matter what I’ve seized, It’s only Him I have to please.   If I may, Give me a guarantee, For all the ambiguities, And for all the uncertainties, He’s always here, providing clarities.      If I may, Let it be known, For happiness to be owned, Live simply do not moan, And that’s the biggest don’t.   If I may, Help my thought to mend, That failure is not the end, Put trust in His hand, For I’ll be guided till the very end. - Muneera, 21st June 2018